Kursus CCTV

Perbezaan antara Kamera CCTV dengan IP Kamera

Perbezaan antara Kamera CCTV dengan IP Kamera

2020-01-30 Nur Fadzlin 0 Artikel

1)IP Camera memiliki IP address secara embedded sehingga dapat berfungsi sebagai sebuah komputer dalam sebuah jaringan LAN, tetapi Camera CCTV tidak boleh berfungsi sedemikian.

2)Camera CCTV untuk sambungan kabeladalah dengan menggunakan kabel Coaxial, tetapi untuk IP Camera menggunakan penyambungan kabel yang menggunakan kabel UTP atau STP sahaja.

3)Camera CCTV dikenali sebagai kamera analog, tetapi IP Camera dikenali dengan istilah kamera digital.

4)Untuk alat perakam, Camera CCTV menggunakan alat perakam DVR (Digital Video Recording), dan untuk IP Camera dengan menggunakan alat perakam NVR (Network Video Recording) untuk IP Camera alat perakam boleh digunakan dengan PC biasa, iaitu dengan cara meng install software untuk recording sahaja.

5)Secara teknologi, tentunya IP Camera lebih canggih berbanding Camera CCTV biasa, dan harganya juga jauh lebih mahal berbanding dengan kamera CCTV biasa.

Senarai di atas merupakan perbezaan antara kamera CCTV dan IP kamera, Jadi semua dah faham perbezaan yang sis maksudkan di atas? sekarang berbalik kepada tujuan asal atau keperluan anda sama ada ingin membeli kamera CCTV ataupun IP kamera dan hendaklah bersesuaian dengan bdget yang anda inginkan....