Kursus CCTV

Sebab-Sebab Perlunya Memasang CCTV

Sebab-Sebab Perlunya Memasang CCTV

2020-01-20 (Last Update: Tue, 21 Jan 2020) Mazwin Izzati 0 Artikel

Anda pernah terfikir sama ada kamera CCTV ini wajib atau tidak untuk anda?

Memasang kamera CCTV kini semakin menjadi suatu kemestian bagi memastikan keselamatan rumah, pejabat dan lokasi penting sentiasa selamat. Namun, satu perkara yang ramai mungkin tidak sedar adalah perbezaan jenis kamera CCTV yang wujud di pasaran.

Kamera CCTV juga bermanfaat sebagai salah satu cara yang paling berkesan untuk monitor dan controlling suatu area, seperti security. Seiring dengan berkembangnya teknologi yang semakin canggih, kamera CCTV pun pelbagai jenisnya. Masing-masing jenis kamera CCTV memiliki kebolehan masing-masing.

Ini antara sebab kenapa anda wajib pasang CCTV di premis mahupun kediaman anda.

  1. Melindungi anak-anak dan harta berharga

Nyawa anak tiada gantinya. Begitu juga dengan harta-benda anda yang mempunyai nilai yang tinggi bagi anda.Sekiranya anda mempunyai pembantu rumah yang menjaga anak-anak anda, atau sekiranya anak-anak anda yang dewasa tinggal bersendirian di rumah, pantaulah mereka dengan kamera CCTV bagi memastikan keselamatan mereka terpelihara.Sebagai contoh, jika berlaku kebakaran, anda akan dapat bertindak dengan pantas untuk menyelamatkan anak-anak dan harta-benda anda.

  1. Mencegah berlakunya jenayah

Premis yang digemari penjenayah adalah premis yang tidak dipantau. Kewujudan kamera CCTV di premis dapat membantu menggagalkan niat jahat penjenayah untuk menceroboh kawasan premis anda.Di taska juga penting untuk dipasang kamera CCTV bagi mencegah berlakunya penculikan kanak-kanak.

3.** Malang tidak berbau**

Seringkali kejadian yang tidak diingini berlaku apabila kita tidak jangkakannya. Sama ada ia berlaku di hadapan kita atau tanpa pengetahuan kita.Dengan memasang kamera CCTV, dapat mengurangkan jumlah kerugian atau dan kemudaratan kerana tindakan awal dapat diambil sebaik sahaja kamera CCTV mengesan pergerakan atau merakam situasi yang tidak diingini. Contoh situasi seperti kemalangan dan kecurian adalah situasi yang tidak dapat dihalang dari berlaku namun anda dapat bertindak ke atasnya

  1. Memastikan pekerja jujur dan amanah

Disiplin dalam kalangan pekerja dapat dibentuk dengan kewujudan kamera CCTV di dalam pejabat atau kawasan bekerja. Ia dapat menggalakkan pekerja dan pelanggan menjaga tingkah laku di premis perniagaan anda. Selain itu, dengan wujudnya kamera CCTV pada pandangan pelanggan akan mencetuskan perasaan selamat apabila berurusan di premis perniagaan anda terutamanya di waktu malam dan di waktu sunyi.

  1. Membantu situasi kecemasan

Pemasangan kamera CCTV juga dapat membantu ketika di dalam situasi kecemasan di mana pekerja boleh mengambil tindakan yang perlu untuk mengurangkan risiko di dalam masa sesingkat yang mungkin.Kamera CCTV sesuai dipasang di kawasan yang berisiko tinggi untuk berlakunya kemalangan atau kejadian yang tidak dijangka. Pemilihan kamera CCTV yang bersesuaian meningkatkan keberkesanan mencegah potensi kerosakan kerana langkah keselamatan dapat diambil secepat mungkin bersama pemantauan yang terperinci.

Semoga perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada anda tentang kepentingan memasang kamera CCTV di premis anda sama ada kedai, pejabat atau kediaman. Pemasangan kamera CCTV juga dapat membantu ketika di dalam situasi kecemasan di mana pekerja boleh mengambil tindakan yang perlu untuk mengurangkan risiko di dalam masa sesingkat yang mungkin.Kamera CCTV sesuai dipasang di kawasan yang berisiko tinggi untuk berlakunya kemalangan atau kejadian yang tidak dijangka. Pemilihan kamera CCTV yang bersesuaian meningkatkan keberkesanan mencegah potensi kerosakan kerana langkah keselamatan dapat diambil secepat mungkin bersama pemantauan yang terperinci.

Semoga perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada anda tentang kepentingan memasang kamera CCTV di premis anda sama ada kedai, pejabat atau kediaman.