Kursus CCTV

Fungsi Lampu Merah Pada CCTV

Fungsi Lampu Merah Pada CCTV

2020-01-20 (Last Update: Mon, 20 Jan 2020) Mazwin Izzati 0 Artikel

CCTV atau Closed Circuit Television adalah sebuah kamera tertutup bertujuan untuk merakam gambar dan suara. Gambar dan suara tersebut akan dipaparkan dalam sebuah monitor dan mengandungi sebuah alat DVR atau Digital Video Recorder. CCTV banyak digunakan untuk menjamin keselamatan rumah, pejabat, kedai2 dan lainnya.

  1. Periksa Lampu Infrared Pada Kamera

Lampu infrared terletak pada kamera cctv, baik kamera indoor atau outdoor,infrared ini akan menyala merah pada waktu malam . Mungkin ada yang bertanya apakah fungsi lampu merah pada sebuah cctv ?

Infrared pada cctv mempunyai fungsi yang sangat penting bagi sebuah cctv, dengan adanya infrared ini, sebuah cctv dapat mengambil gambar sebuah kawasan dengan jelas, tentu ini sangat berguna bagi kawasan yang gelap mahupun terang. Untuk Mengetahui cctv aktif atau mati, lihat pada bahagian infrared kamera cctv, jika pada waktu malam terdapat lampu menyala merah pada kamera cctv, cctv tersebut masih dalam keadaan aktif.

  1. Periksa Paparan Monitor CCTV

Langkah awal untuk mengetahui cctv system sedang aktif, periksa paparan monitor pada decoder cctv tersebut, pastikan gambar yang muncul di monitor tersebut sesuai dengan jumlah kamera yang terpasang.

  1. Periksa Rakaman CCTV

Memeriksa hasil rakaman cctv merupakan langkah untuk mengetahui cctv system di rumah kita masih aktif atau tidak, tujuan utama dari sebuah cctv ialah merakam segala aktiviti di kawasan yang dipantau cctv system, untuk itu itu kita harus sering sering memeriksa sebuah rekaman cctv system, jangan sampai cctv system yang kita pasang tidak bisa merakam, dan ketika ada sebuah kemalangan atau berlaku jenayah, kita tidak mempunyai sebuah bukti.

  1. Periksa Melalui Internet

Memeriksa sama ada cctv berfungsi atau tidak lebih mudah dengan adanya internet. bagi mereka yang sudah pun memasang cctv, kebiasaannya akan disertakan sekali bersama aplikasi yang disyorkan oleh vendor atau pun pihak pemasangan cctv itu sendiri. salah satu contoh apps yang digunakan adalah seperti hik-connect. jadi dengan hanya di hujung jari pengguna boleh melihat sebarang kejadian yang berlaku ketika tiada di kawasan tersebut.

Selain daripada memantau, pengguna yang menjadi admin juga boleh mengawal berapa pengguna yang boleh mengakses dan sebagainya selain dapat mengetahui sama ada kamera berfungsi dengan baik atau tidak.